fbpx

4 syarikat pemaju tidak dibenarkan beli tanah di Pahang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasangan suami isteri, Hamidon Hamid, 64, (kiri) dan Samara Abdul Wahab, 53,(dua dari kiri) menerima replika kunci rumah 'Prima Pahang' daripada Wan Rosdy (empat dari kiri) di majlis penyerahan rumah tersebut di Gambang Jaya 2, Kuantan.

KUANTAN – Kerajaan negeri mengenalpasti empat syarikat pemaju perumahan ternama yang tidak memajukan tanah yang dipohon dan dibeli di negeri ini bagi projek perumahan.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, sehubungan itu kerajaan negeri membuat keputusan untuk tidak menjual dan memproses permohonan pembelian tanah baharu yang dikemukakan syarikat berkenaan.

“Setakat ini ada tiga atau empat syarikat pemaju yang tidak menjalankan kerja pembangunan di atas tanah yang mereka beli dan perkara ini mendatangkan kerugian kepada pelbagai pihak terutamanya kerajaan negeri.

“Kebanyakan syarikat ini ketika mengemukakan permohonan untuk membeli tanah, mereka cakap nak buat projek perumahan, namun selepas tempoh tertentu, tidak ada sebarang kerja dilakukan dan tanah berkenaan tidak dimajukan,”katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar pada Majlis Penyerahan Kunci Rumah Projek PR1MA Pahang di Perumahan Makmur Gambang Jaya 2, di sini, hari ini.

Menurut Wan Rosdy, sikap syarikat terbabit yang tidak melaksanakan projek perumahan sangat dikesali kerana mendatangkan banyak masalah dan kerugian kepada pelbagai pihak.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI