fbpx

[VIDEO] Rakan sekerja didakwa bunuh Nik Khatijah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hasbullah dibawa keluar selepas didakwa atas pertuduhan membunuh di Mahkamah Majistret Kajang hari ini.

KAJANG  – Seorang lelaki berusia 57 tahun yang juga rakan sekerja Pengurus Jabatan Advokasi, Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram), Nik Khatijah Nik Mud didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh wanita itu dua minggu lalu

Tiada pengakuan direkodkan daripada Hasbullah Ismail selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Syahrul Sazli Md. Sain kerana kes itu di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Tertuduh didakwa membunuh Nik Khatijah, 32, di sebuah rumah di Taman Bangi Jalan Reko di sini pada pukul 11 malam, 5 Mac lalu hingga pukul 3 pagi, 6 Mac lalu.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati.

Mahkamah menetapkan 16 April ini untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan berkaitan.

Artikel berkaitan: Jenazah Nik Khatijah selamat disemadikan

Artikel berkaitan: Arwah kirim wang beli pakaian raya

Artikel berkaitan: Lelaki direman bantu kes wanita dibunuh

Dalam prosiding itu, pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Hairul Iqram Hairuddin manakala tertuduh diwakili peguam Abdul Halem Mohamad Husin. Turut hadir beberapa peguam pemerhati daripada Ikram.

Pada 9 Mac lalu, Kosmo! melaporkan, Nik Khatijah ditemui mati dengan kesan jerutan di leher di sebuah rumah di Taman Bangi, Jalan Reko.

Kejadian yang menimpa Nik Khatijah disedari rakan setugas yang pergi ke rumah sewa mangsa sebelum menemui mayat wanita itu dengan kesan jerutan di leher.

Mangsa dipercayai dijerut menggunakan kabel penyambung elektrik dan meninggal dunia dalam tempoh 24 jam.

Kereta jenis Nissan Almera warna hitam milik mangsa ditemui tidak jauh dari kawasan parkir di sebuah pasar raya di Jalan Reko.

Sebagai rekod, mangsa juga merupakan bekas pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia yang berkhidmat dengan Ikram sejak 2013 sebagai eksekutif Jabatan Wanita dan kini sebagai Pengurus Jabatan Advokasi.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI