fbpx

Korea Utara putuskan hubungan diplomatik dengan Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR pada 6 Mac lalu menunjukkan pemimpin tertinggi Korea Utara, Kim Jong-un. - AFP

PYONGYANG – Pyongyang mengumumkan hari ini bahawa ia memutuskan hubungan diplomatik dengan Malaysia selepas Kuala Lumpur mengekstradisi seorang warganegara Korea Utara ke Amerika Syarikat (AS), demikian menurut kenyataan Kementerian Luar Korea Utara.

“Pada 17 Mac lalu, pihak berkuasa Malaysia ‘melakukan jenayah yang tidak boleh diampunkan kerana secara paksa menghantar rakyat Korea Utara yang tidak bersalah ke AS,” kata kenyataan itu

“Justeru, Kementerian Luar Korea Utara mengumumkan memutuskan hubungan diplomatik dengan Malaysia,” tambahnya

Kenyataan sama menyebut individu tersebut sebagai seseorang yang terlibat dalam aktiviti perdagangan luar secara sah di Singapura dan menegaskan bahawa tuduhan dia terlibat dalam pengubahan wang haram sengaja diada-adakan.

Pada 3 Mac lalu, seorang lelaki Korea Utara bernama Mun Chol Myong gagal dalam rayuan terakhir di mahkamah tertinggi Malaysia untuk menentang perintah ekstradisi ke AS bagi berdepan dakwaan pengubahan wang haram.

Chol Myong yang menetap di negara Asia Tenggara itu selama satu dekad bersama keluarganya, ditangkap pada 2019 susulan permintaan ekstradisi oleh Washington.

Di mahkamah, lelaki itu menafikan dakwaan Biro Siasatan Persekutuan (FBI) bahawa dia mengetuai sebuah kumpulan penjenayah yang melanggar sekatan antarabangsa dengan membekalkan barangan terlarang ke Korea Utara dan mengubah dana haram melalui beberapa syarikat pangkalan hadapan. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI