fbpx

Bekas kontraktor guna dokumen palsu dipenjara tujuh hari, denda RM10,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Khairil dihukum penjara dan denda oleh Mahkamah Sesyen Alor Setar hari ini atas tuduhan menggunakan dokumen palsu.

ALOR SETAR – Seorang bekas kontraktor dihukum penjara tujuh hari dan didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menggunakan dokumen palsu bagi menuntut bayaran penyediaan perkhidmatan bagi penganjuran Pesta Air Nasional Langkawi 2014 berjumlah RM83,421.

Hakim Murtazadi Amran menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh, Mohd. Khairil Saad, 43, membuat pengakuan bersalah terhadap pertuduhan tersebut.

Murtazadi turut memerintahkan tertuduh dipenjara 12 bulan jika gagal membayar denda dikenakan. Mohd. Khairil membayar denda berkenaan.

Mengikut kertas pertuduhan, Mohd. Khairil didakwa menggunakan beberapa dokumen palsu bagi tujuan itu di Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Kedah di sini pada 9 Jun 2014.

Antara dokumen yang digunakan ialah surat program dan aktiviti pelancongan di bawah Pejabat Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Kedah bertarikh 3 Julai 2014 serta surat bayaran bagi program dan aktiviti pelancongan di bawah pejabat kementerian sama bertarikh 8 Jun 2014.

Satu lagi dokumen palsu yang digunakan ialah invois tuntutan perkhidmatan menyediakan set siar raya serta artis sempena Pesta Air Nasional Langkawi 2014.

Pendakwaan terhadap tertuduh yang kini bekerja di kedai percetakan milik anak saudaranya dibuat mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI