fbpx

Tawaran ke Sekolah Khusus boleh disemak Jumaat ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Semakan tawaran kemasukan murid ke Sekolah Khusus di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) dan Maktab Tentera Diraja (MTD) di bawah Kementerian Pertahanan untuk tahun ini boleh dibuat mulai 19 dan 23 Mac depan.

Sekolah Khusus di bawah KPM meliputi Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Menengah Teknik (SMT) dan Kolej Vokasional (KV).

KPM dalam satu kenyataan berkata, semakan tawaran kemasukan ke SBP dan SMKA bagi Tingkatan Satu boleh dibuat pada hari Jumaat ini manakala semakan ke SBP, SMKA dan SMT bagi Tingkatan Empat boleh dibuat pada Selasa depan.

Katanya, semakan tawaran kemasukan ke KV bagi peringkat Tahun 1 Sijil Vokasional Malaysia (1SVM) dan semakan temuduga ke MTD juga boleh dibuat pada Selasa depan.

“KPM telah selesai melaksanakan proses pentaksiran kemasukan murid ke Sekolah Khusus iaitu SBP, SMKA, SMT, KV dan MTD untuk tahun ini.

“Sehubungan itu, semakan tawaran kemasukan ke sekolah khusus berkenaan boleh dibuat seperti ketetapan yang diumumkan,” katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.

KPM berkata, pihaknya juga menetapkan bahawa tarikh pendaftaran murid Tingkatan Satu dan Tingkatan Empat ke Sekolah Khusus berkenaan adalah pada 6 April depan.

Maklumat lanjut berkaitan pendaftaran boleh diperoleh melalui pautan https//:spskt1.moe.gov.my bagi Tingkatan Satu dan
https//:spskt4.moe.gov.my bagi Tingkatan Empat.

Semakan tawaran juga boleh dilakukan melalui pautan sama.

Tarikh pendaftaran ke MTD akan dimaklumkan melalui laman sesawang http://www.rmc-education.edu.my/. – K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI