fbpx

Suarez pikul harapan Atletico

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SUAREZ bakal menjadi senjata utama Atletico dalam misi merobek gawang Chelsea pada aksi kedua di Stamford Bridge awal pagi esok. – AFP

MADRID – Penyerang Atletico Madrid, Luis Suarez bakal menjadi penentu buat pasukan itu menjelang aksi timbal balik pusingan kedua Liga Juara-Juara menentang Chelsea di Stamford Bridge awal pagi esok.

Pada aksi terdahulu di Sta­dium Wanda Metropolitano, Atle­tico ketinggalan 0-1 hasil ja­ringan akrobatik yang dilakukan Olivier Giroud.

Justeru, jurulatih Atletico, Diego Simeone mengakui masa depan pasukan itu dalam sai­ngan Liga Juara-Juara musim ini bergantung terhadap aksi Suarez di Stamford Bridge.

“Sebenarnya kehadiran ­Suarez bukan sahaja beri keyakinan kepada kami dalam saingan Liga Juara-Juara, malah terhadap pertandingan-pertandingan lain juga.

“Pengalaman yang ada pada­nya berjaya mengurangkan tekanan dalam pasukan selain mampu untuk membimbing pemain-pemain lain di atas padang,” kata Simeone.

Sementara itu, Suarez yang sudah menjaringkan 18 gol dalam 29 perlawanan musim ini tekad untuk membantu pasukan itu mara ke pentas suku akhir.

“Saya sentiasa mahu jadi seorang pemain yang kompetitif dan buktikan kemampuan diri. Hasrat saya adalah untuk bantu Atletico memenangi kejuaraan pada musim ini,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI