fbpx

Bayar RM51 untuk masuk zon udara bersih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Langkah mengenakan caj dibuat untuk mengurangkan kadar pencemaran udara di bandar Bath. - Mirror UK

LONDON – Sebuah bandar di England mengenakan caj sebanyak £9 (RM51) sehari kepada pemandu kenderaan yang ingin memasuki zon udara bersih pertama di negeri berkenaan di pusat bandar Bath.

Kenderaan seperti van, kereta sewa persendirian dan teksi turut dikenakan bayaran sama jika ingin memasuki zon tersebut yang dilancarkan secara rasmi kelmarin, lapor porta berita Mirror UK.

Bagi pemandu yang membawa bas dan kenderaan barang berat (HGV) pula, mereka dikenakan caj sebanyak £100 (RM571).

Kegagalan membayar caj yang ditetapkan akan dikenakan penalti atau denda sebanyak £120 (RM685).

Ahli Majlis Perbandaran Bath, Sarah Warren berkata, pelaksanaan tersebut bertujuan untuk mengurangkan pelepasan asap kenderaan ke paras yang dibenarkan dalam masa beberapa bulan.

“Pencemaran udara merupakan isu kesihatan awam dan pelepasan asap kenderaan perlu dikurangkan.

“Kadar nitrogen dioksida di bandar ini terlalu tinggi dan pencemaran asap utama datang daripada ekzos kenderaan,” jelasnya.

Bagaimanapun, bandar-bandar berdekatan seperti Bradford, Avon dan Westbury meluahkan kebimbangan kenderaan akan beralih ke kawasan mereka bagi mengelak membayar caj berkenaan sekaligus memburukkan lagi kualiti udara di sana.

Menurut laporan, bandar seperti Birmingham, Portsmouth, Bristol dan Oxford juga akan mengenakan peraturan sama dalam masa terdekat. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI