fbpx

United gemar pilih jalan sukar – Solskjaer

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
UNITED berjaya meraih kemenangan tipis 1-0 hasil jaringan sendiri pemain West Ham pada aksi tersebut. – AFP

LONDON – Pengurus pasukan Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer mengakui para pemainnya lebih gemar mencari jalan sukar berikutan kemenangan tipis ke atas West Ham dalam aksi saingan Liga Perdana Inggeris semalam.

Pada perlawanan tersebut, skuad The Red Devils itu dilihat berhempas pulas untuk mendapatkan kemenangan ke atas West Ham, namun jaringan sendiri Craig Dawson pada minit ke-53 membolehkan anak buah Solskjaer mencatat kemenangan 1-0 ke atas skuad The Hammers.

Kemenangan itu memastikan United memperkukuhkan kedudukannya untuk layak ke Liga Juara-Juara musim depan selepas memintas Leicester di kedudukan kedua di EPL dan merapatkan jurang 14 mata dengan pendahulu, Manchester City.

“Seperti yang dijangka pasukan West Ham akan memberi tentangan sengit pada perlawanan ini. Pada perlawanan tersebut kami mempunyai beberapa peluang yang baik, namun pemain kami sentiasa mencari jalan yang sukar untuk mengutip tiga mata.

“Pada 15 minit pertama, West Ham sentiasa berjaya mematahkan serangan balas kerana kegagalan bermain dengan baik. Mereka bijak mengawal permainan dan lebih teratur.

“Saya lihat pemain turut mencipta peluang terbaik, namun mereka gagal untuk menyudahkannya. Kami tahu West Ham bertekad untuk berada di kedudukan empat teratas dan misi mereka adalah mengatasi kami,” katanya.

Dalam pada itu, Solskjaer turut berharap empat atau lima pemainya dapat pulih segera daripada kecederaan apabila mereka akan berdepan AC Milan dalam aksi 16 pa­sukan terbaik Liga Europa awal pagi Jumaat ini.

Solskjaer menjangkakan Edinson Cavani dan Anthony Martial kembali cergas, selepas terlepas tujuh daripada lapan perlawanan sebe­lum ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI