fbpx

Teknologi nanoe™️X berkesan halang 99.99 peratus virus dan bakteria

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
nanoe™️X mampu meningkatkan kualiti udara dan memelihara persekitaran - FOTO Hiasan

PROGRAM Imunisasi Covid-19 Kebangsaan menyaksikan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi individu pertama menerima suntikan vaksin Pfizer-BioNTech di negara ini.

Fasa pertama program itu bakal diteruskan hingga April, manakala fasa kedua dan ketiga dijangka bermula dari April hingga Februari 2022.

Bagaimanapun, masih terdapat beberapa golongan tidak boleh menerima vaksin Covid-19 termasuk kanak-kanak, mereka yang mengalami masalah alergi dan gangguan imunisasi. 

Sehubungan itu, usaha mengekang penularan Covid-19 seperti pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) perlu diteruskan.

Sebagai alternatif, orang ramai boleh memanfaatkan teknologi nanoe™️X diperkenal syarikat teknologi gergasi Jepun, Panasonic. 

Berdasarkan kajian, nanoe™️X terbukti mampu meningkatkan kualiti udara dan memelihara persekitaran dengan membasmi bakteria dan virus, bahan penyebab alergi, debunga serta bahan berbahaya lain.

99.99 peratus berkesan

nanoe™️X mampu menghalang novel Coronavirus sehingga 99.99 peratus – FOTO Panasonic

nanoe™️X menggunakan radikal hidroksil untuk menghalang novel Coronavirus SARS-CoV-2 penyebab Covid-19.

SARS-CoV-2 turut dikaitkan dalam kelompok sama, menjadi punca Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS) dan beberapa jenis selsema biasa.

Organisasi penyelidik berpangkalan di Perancis, Texcell mengesahkan bahawa teknologi Panasonic nanoe™️X berkesan menyekat SARS-CoV-2.

Dalam ujian itu, Texcell menyatakan sehelai kain kasa dengan larutan virus SARS-CoV-2 dan penjana nanoe™️X dari jarak 15 sentimeter diletakkan dalam kotak 45 liter.

Hasilnya, ia berjaya menyekat 99.99 peratus aktiviti SARS-CoV-2 dalam dua jam.

nanoe™️ merupakan partikel ion bersaiz nano dihasil menggunakan teknologi atomisasi elektrostatik dengan mengumpulkan kelembapan yang tidak dapat dilihat di udara.

Ia kemudian menggunakan voltan tinggi untuk menghasilkan radikal hidroksil yang terkandung dalam air. 

Radikal hidroksil adalah komponen sangat reaktif, mudah bertindak di pelbagai permukaan. Dengan nanoe™️X, penghasilan radikal hidroksil terbukti meningkat 10 kali ganda.

Alternatif ruang selamat

nanoe™️X terbukti mampu meningkatkan kualiti udara dan memelihara persekitaran – FOTO Panasonic

Dalam tempoh pandemik ini, udara bersih dan persekitaran dalaman yang selamat perlu menjadi keutamaan. 

Kemampuan nanoe™️X menghalang virus dan bakteria diyakini mampu menjadi alternatif baharu, memastikan keselamatan diri dan keluarga terus terjamin biarpun di rumah sendiri.

Menurut Panasonic, nanoe™️X tidak hanya menghalang virus dan bakteria dalam udara, tetapi ia dapat menembusi jauh ke dalam barang seperti kain, sofa, langsir atau permukaan perabot. 

Lebih mengagumkan, ia juga mampu menghilangkan bau yang kuat dan mengekalkan kelembapan kulit serta rambut.

Dengan teknologi ini, pengguna tidak perlu bimbang serta dapat menarik nafas lega, apatah lagi apabila lebih banyak masa dihabiskan di rumah dalam norma baharu.

Penyaman udara Panasonic

Kini, teknologi nanoe™️X boleh didapati dalam penyaman udara Panasonic merangkumi penghawa dingin jenis Wall-Mounted Room dan Cassette Type.

Ia sesuai untuk setiap ruangan di rumah, premis perniagaan, dewan orang ramai atau pejabat. 

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai teknologi Panasonic nanoe™️X, layari www.panasonic.com.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI