fbpx

SUSK Tok Pa parah terlibat kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Beginilah keadaan kereta Proton X70 yang dipandu Mohamed Irwan semalam.

PETALING JAYA – Setiausaha Sulit Kanan (SUSK) kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapha Mohamed parah selepas kereta yang dipandunya merempuh objek dipercayai besi di tengah jalan di Kilometer 14.6, Lebuhraya Utara Selatan menghala ke Damansara di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.30 malam itu, mangsa, Datuk Mohamed Irwan Mansor, 47, yang patah tulang hidung dan bahagian pipi kini dirawat di hospital swasta di Ara Damansara.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd. Faisal berkata, kejadian berlaku ketika kereta jenis Proton X70 yang dipandu mangsa dipercayai terlanggar besi di tengah lebuh raya.

“Akibat rempuhan itu, kereta yang dipandunya hilang kawalan lalu melanggar penghadang kiri jalan.

“Mangsa yang parah dikejarkan ke sebuah hospital swasta di Ara Damansara manakala kenderaannya mengalami kerosakan teruk pada bahagian hadapan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, objek berkenaan berkemungkinan terjatuh dari lori yang melalui jalan yang sama.

“Ia berikutan siasatan kita mendapati tiada kerja-kerja pembinaan sedang dijalankan di sekitar kawasan terbabit pada ketika itu,” ujarnya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Orang ramai yang melihat atau mengetahui mengenai kejadian itu, boleh menghubungi pegawai penyiasat trafik, Inspektor Mohd Al Rassid Borhanudin di talian 019-9905570 atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya 03-79662176. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI