fbpx

Sakura pilih Big Hit?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SAKURA

BERTEBARAN kencang dalam internet apabila timbul dakwaan mengatakan penyanyi yang juga bekas anggota kumpulan IZ*ONE iaitu Miyawaki Sakura akan menyertai agensi Big Hit Entertainment.

Tanggal 11 Mac lalu, muncul laporan mengatakan bahawa penyanyi kelahiran Jepun itu menandatangani kontrak eksklusif bersama agensi naungan kumpulan fenomena BTS tersebut.

Laporan tersebut turut menyebut bahawa ada kemungkinan Sakura akan menyertai sebuah kumpulan baharu yang dijangka memulakan debut tahun ini.

Jika benar, Sakura akan menyertai penyanyi berkumpulan wanita pertama yang dilahirkan agensi Big Hit.

Memberi maklum balas terhadap laporan tersebut, Big Hit menerusi wakilnya memberitahu buat masa ini tiada sebarang keputusan telah dibuat membabitkan penglibatan Sakura dalam syarikat mereka.

“Tiada sebarang kata putus telah diambil buat masa ini,” kata sumber berkenaan.

Sebelum ini, Sakura memilih untuk tidak menyambung kontrak bersama agensi CJ ENM sekali gus meninggalkan IZ*ONE pada Januari lalu dan mahu pulang ke negara asalnya, Jepun.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI