fbpx

[VIDEO] Polis siasat insiden wanita terjun teksi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan wanita itu bertindak terjun daripada teksi sebelum menaiki kereta lain.

PETALING JAYA- Polis mengesahkan menerima laporan berhubung video tular di laman media sosial yang memaparkan seorang wanita terjun daripada teksi yang sedang bergerak.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Assisten Komisioner Anuar Omar berkata, pihaknya telah menerima laporan daripada seorang wanita Cina dan sedang menjalankan siasatan kes.

“Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Brickfields sedang siasat tetapi kami tidak boleh dedahkan lagi sebab ia sedang masih dalam siasatan.

“Kami akan mengeluarkan kenyataan dalam masa terdekat,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini tadi.

Terdahulu, video berdurasi seminit itu tular di laman media sosial apabila seorang wanita merupakan penumpang teksi bertindak terjun daripada kenderaan terbabit.

Kejadian itu yang dipercayai berlaku di hadapan Dataran Maybank, Bangsar turut memaparkan wanita tersebut bertindak menaiki kereta lain yang berada di belakang teksi.

Dalam video itu, turut menunjukkan pemandu teksi ada berbual bersama pemandu kereta sebelum kedua-dua berlalu pergi. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI