fbpx

Nelayan Vietnam rasuah polis ditahan SPRM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias.

KLUANG – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan tekong dan awak-awak bot nelayan warga Vietnam kerana didakwa cuba merasuah RM3,000 kepada anggota Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua Mersing dekat sini pagi semalam.

SPRM Johor dalam satu kenyataan berkata, kedua-dua suspek masing-masing berusia 38 tahun itu ditahan kira-kira pukul 10 pagi di Pejabat SPRM Cawangan Kluang.

“Tangkapan dibuat ekoran hasil siasatan mendapati kedua-dua suspek telah memberikan wang rasuah berjumlah RM3,000 kepada anggota PPM Wilayah 2 Mersing.

“Tindakan itu sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan undang-undang di bawah Seksyen 15 Akta Perikanan 1985 kerana menjalankan aktiviti menangkap gamat di perairan Malaysia secara haram,”katanya di sini hari ini.

Kenyataan itu berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 17(b) Akta SPRM 2009 yang mana jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda 5 kali nilai suapan atau RM10,000 mana yang tinggi dan penjara tidak melebihi 20 tahun.

Sementara itu, Pengarah SPRM Johor Datuk Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI