fbpx

Dua lelaki panah anjing ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan anjing yang mati akibat dipanah dalam kejadian di Alor Setar pada Khamis lalu.

ALOR SETAR – Dua lelaki yang disyaki terlibat dalam kejadian memanah seekor anjing liar sehingga mati di kawasan Seberang Jalan Putra di sini pada Khamis lalu berjaya ditahan hari ini.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, dua suspek berusia lingkungan 30-an dan 20-an itu ditahan di dua lokasi berbeza pada petang tadi.

Katanya, suspek pertama ditahan di sebuah rumah di Darulaman Height, Jalan Golf & Country Club, Jitra dekat sini kira-kira pukul 4 petang.

“Dalam tangkapan itu, kita merampas dua busur pemanah, satu tabung pengisi anak panah warna hitam dan 21 anak panah,” katanya di sini hari ini.

Kata beliau, pihaknya kemudian menahan suspek kedua berusia lingkungan 20-an di tepi Jalan Kampung Hilir Kepala Batas di sini kira-kira pukul 5 petang.

Menurut Ahmad Shukri, kedua-dua suspek negatif dadah dan tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

“Kedua-dua suspek akan diserahkan kepada Jabatan Veterinar untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 29(1) (e) Akta Kebajikan Haiwan 2015/ Sek 45 Akta Binatang 1953,” katanya.

Terdahulu, tindakan kejam seorang lelaki memanah seekor anjing liar dalam keadaan haiwan tersebut tidak langsung mendatangkan ancaman terhadapnya menjadi tular di media sosial sejak kelmarin.

Televisyen litar tertutup di kedai berhampiran kawasan itu menunjukkan kejadian tersebut berlaku antara pukul 4.21 pagi hingga 5.26 pagi, 11 Mac lalu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI