fbpx

Masuk Malaysia senang dapat kerja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keratan Kosmo! semalam

SHAH ALAM – Pelaksanaan Ops Benteng yang bermula sejak Mei tahun lalu menyebabkan harga bagi seorang pendatang asing tanpa izin (PATI) memasuki negara ini melonjak melebihi RM3,000 satu kepala.

Komander Pasukan Gerakan Am (PGA) Bridged Tengah, Senior Asisten Komisioner Muhammad Abdul Halim berkata, ini berbeza dengan keadaan sebelum ini apabila harga yang dikenakan sekitar RM500 setiap seorang.

Katanya, permintaan untuk memasuki negara ini sememang­nya tinggi susulan keamanan dan kemakmuran ekonomi dalam memberikan peluang kedua khususnya kepada warga Indonesia dan Myanmar.

“PATI memang susah masuk sekarang. Kalau dahulu jumlah yang masuk adalah tinggi antara 60 hingga 100 orang, namun sekarang hanya sekitar empat atau lima orang.

“Ini susulan kejayaan Ops Benteng melibatkan pelbagai agensi penguat kuasa yang berjaya me­lakukan pintasan sebelum mereka dibawa oleh tekong-tekong darat,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Modus operandi sindiket juga berubah-ubah mengikut keadaan semasa dengan tekong laut didapati semakin terdesak apabila mem­biarkan PATI menggunakan cara tersendiri untuk sampai ke daratan.

PELAKSANAAN Ops Benteng menyebabkan PATI sanggup membayar lebih RM3,000 seorang untuk memasuki negara ini.

Tegasnya, ia berikutan sindiket penyeludupan berkenaan menganggap tugas mereka telah selesai dan terserah kepada PATI itu sendiri.

“Kalau dahulu mereka berani masuk sampai ke jeti-jeti pendaratan, namun tidak sekarang.

“Berdasarkan siasatan, PATI ini terpaksa berenang sejauh dua kilometer atau kira-kira sejam dan melalui kawasan berpaya sebelum sampai di daratan,” ujarnya.

Dalam perkembangan berlai­nan, beliau menegaskan terdapat keperluan penambahan logistik selari dengan perkembangan teknologi terkini dalam mengekang sindiket penyeludupan PATI kepada pihak PGA secara keseluruhannya.

“Ini termasuk melibatkan penggunaan teropong seperti Night Vision Binocular dan Thermal Images yang berkapasiti tinggi kepada anggota PGA yang ditempatkan di kawasan perairan.

“Sumbangan yang diterima kerajaan negeri seperti kende­raan pacuan empat roda dan elek­tric combat bike amat berkesan membantu operasi,” ujarnya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI