fbpx

Atikah Suhaime tolak watak klise, antagonis berhijab

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Atikah Suhaime

PETALING JAYA – Meskipun berdepan masalah kewangan, pelakon Atikah Suhaime mengakui terpaksa memilih dan menolak tawaran membawakan watak antagonis yang diberikan kepadanya dalam lakonan .

Menerusi beberapa hantaran yang dimuat naik menerusi InstaStory, pelakon berusia 29 tahun itu mendakwa watak jahat yang diberikan adakalanya tidak logik dan tidak cukup kuat untuk meninggalkan impak kepada penonton.

“Waktu sekarang sangat sukar terutama daripada segi kewangan. Termasuk juga saya. Tapi saya terpaksa menolak melakonkan watak jahat kerana tidak nampak sebab kukuh yang menjadi penyebab watak tersebut perlu menjadi jahat.

Tambahnya lagi, dia juga selalu menerima tawaran watak klise apabila diberikan peranan membawakan karakter antagonis.

“Asyik-asyik perampas suami orang. Watak pakai tudung dan lemah-lembut serta alasan (jadi jahat) juga lemah sebab hanya mahukan harta.

“Kenapa tidak buat watak perempuan itu jatuh cinta kerana watak lelaki itu yang memulakan langkah?

“Atau watak perempuan itu mempunyai masa lampau yang buruk dan merasakan semuanya telah diambil daripadanya, menjadikan dia memutuskan untuk merampas suami orang,” ujarnya.

Pada masa sama, Atikah turut menegur watak perempuan bertudung dan lemah-lembut namun sebenarnya berperwatakan jahat sebagai perampas suami orang dalam lakonan.

“Sejak akhir-akhir ini kerap ada watak perempuan jahat bertudung dalam lakonan. Jadi nanti semua fikir, (masyarakat) lemah-lembut dan memakai tudung tidak boleh dipercayai.

“Sedangkan perempuan lemah-lembut selalu kena buli kerana jika mereka sangat lembut untuk tinggikan suara atau takut melukakan hati orang,” katanya.

Justeru, Atikah hanya akan menerima watak antagonis jika karakter jahat itu mempunyai alasan kukuh dan logik untuk menjadi jahat. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI