fbpx
Khabar angin tentang hubungan cinta antara Noor Nabila dan Engku Emran turut mendapat perhatian netizen di Indonesia.

Refleksi wajah Noor Nabila, Engku Emran beri hint hubungan cinta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Selepas hampir dua minggu berteka-teki, Engku Emran akhirnya memberi bayangan mengesahkan hubungan istimewanya dengan kakak kepada selebriti terkenal Neelofa iaitu Noor Nabila.

Perkara tersebut dikongsi sendiri oleh Engku Emran menerusi akaun Instagramnya, @narmeukgne dengan memuat naik sekeping foto dengan memaparkan bahagian radio dalam keretanya yang menampakkan refleksi wajah Noor Nabila di tempat duduk penumpang bahagian depan.

Foto yang dikongsi Engku Emran menampakkan rekflesi wajah Noor Nabila.

Dalam gambar yang dimuat naik pada tengah malam tadi itu turut memaparkan radio tersebut sedang memainkan lagu bertajuk By Your Side nyanyian Sade.

Menerusi entri tersebut juga, bekas suami pelakon popular, Erra Fazira dan selebriti Indonesia, Laudya Cynthia Bella itu turut menulis kapsyen romantis.

“Choppy until you came along (Sukar sampailah kau datang dalam hidupku),” tulisnya.

Bagaimanapun, duda anak satu itu bertindak menutup ruangan komen entri berkenaan.

Sehingga kini, Engku Emran mahupun Noor Nabila belum lagi membuka mulut bagi mengesahkan spekulasi hubungan mereka.

Berdasarkan tinjauan Kosmo!, sehingga kini, Engku Emran juga dilihat tidak memadam foto-foto bersama Laudya dalam Instagramnya.

Untuk rekod, Noor Nabila pernah mendirikan rumah tangga bersama Sharnaaz pada 31 Mac 2017 dan bercerai secara hakam pada 9 Julai 2020 di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.

Mereka dikurniakan seorang anak lelaki Jebat Jayden Ahmad yang kini berusia tiga tahun.

Sementara itu, Engku Emran pula pernah mendirikan rumah tangga bersama Erra pada 25 Oktober 2007 dan berpisah pada 18 Februari 2014.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Engku Aleesya yang kini berumur 12 tahun.

Kemudian pada 8 September 2017 dia sekali lagi mendirikan rumah tangga bersama Laudya kemudian bercerai sekitar bulan Jun 2020.

Perkahwinan kedua Emran bagaimanapun tidak dikurniakan cahaya mata.- K! ONLINE

POPULAR