fbpx

PKPD di Penempatan Sentosa Timur Fasa 2 tamat esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Kerajaan bersetuju menamatkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Penempatan Sentosa Timur Fasa 2, Sibu, Sarawak pada 12 Mac 2021 seperti yang dijadualkan.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Kementerian Kesihatan (KKM) sehingga kini telah melaksanakan sebanyak 1,311 ujian saringan dan daripada jumlah tersebut secara kumulatif sebanyak 13 kes telah dilaporkan.

“KKM juga telah mengesahkan terdapat penurunan kes dan kluster adalah terkawal. Kesemua kes positif serta kontak rapat juga telah diasingkan.

“Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, kerajaan bersetuju untuk menamatkan PKPD di Penempatan Sentosa Timur Fasa 2 pada esok seperti yang dijadualkan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu, PKPD di Kampung Sinsingon dan Kampung Lotong, Nabawan, Sabah akan dilanjutkan bermula pada 13 Mac hingga 26 Mac 2021.

“Sehingga kini, KKM telah melaksanakan 674 ujian saringan dan daripada jumlah itu sebanyak 81 kes positif Covid-19 telah direkodkan.

“KKM mengesahkan terdapat sejumlah 322 baki sampel saringan yang sedang menunggu keputusan dan masih terdapat kes positif baru dilaporkan dalam kalangan penduduk di lokaliti ini,” jelasnya.

Berdasarkan penilaian risiko, kerajaan bersetuju untuk melanjutkan PKPD di Kampung Sinsingon dan Kampung Lotong, Nabawan, Sabah bermula 13 Mac sehingga 26 Mac 2021. K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI