fbpx

Peraduan MR. D.I.Y., P&G tawar hadiah utama Proton X50

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Peruncit perkasas rumah kegemaran Malaysia, MR. D.I.Y. dan syarikat barangan pengguna, Procter & Gamble Sdn. Bhd. (P&G) bergabung untuk menawarkan lebih nilai untuk rakyat Malaysia apabila membeli barangan keperluan harian mereka.

Dua jenama ini melancarkan peraduan Beli & Menang buat kali kedua dengan lebih 550 hadiah bernilai RM150,000 untuk dimenangi sepanjang bulan Mac.

Selain hadiah utama sebuah kenderaan Proton X50 1.5T Stan­dard, pelanggan berpeluang memenangi dua buah iPhone 12 Pro Max 128 gigabait (GB), empat buah iPad Generasi 8 (32GB) dan 550 baucar tunai MR. D.I.Y. bernilai RM100 setiap satu.

Naib Presiden Pemasaran MR. D.I.Y. Group, Andy Chin berkata, keutamaan pihaknya tahun ini adalah mencari kaedah baharu untuk memberikan nilai kepada pelanggan.

“Rakyat Malaysia berusaha berjimat-cermat demi mendapatkan pulangan terbaik daripada hasil titik peluh mereka dan pe­raduan seperti ini membolehkan kami membawa makna baharu dalam penawaran nilai yang di­janjikan.

“Peraduan Beli & Menang pertama bersama P&G tahun lepas terbukti digemari pelanggan, jadi kami bergabung sekali lagi untuk menawarkan pengalaman membeli-belah yang lebih me­n­yeronokkan, menguntungkan dan mengujakan di MR. D.I.Y.,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan semalam.

Pelanggan hanya perlu membeli produk P&G bernilai RM15 dalam satu resit di cawangan MR. D.I.Y. terpilih untuk menyertai peraduan tersebut atau secara online sebelum mengimbas kod QR di poster peraduan dan jawab satu soalan mudah.

Antara jenama P&G yang ditawarkan ialah Ambi Pur, Febreeze, Vicks, Oral-B, Head&Shoulders, Rejoice, Gillette, Fab, Whisper, Dynamo dan Pantene.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI