fbpx

Rakyat Sarawak paling ramai dapat vaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar status terkini penerima vaksin di Malaysia setakat 8 Mac 2021.

PETALING JAYA- Rakyat di negeri Sarawak menjadi antara paling ramai menerima dos pertama vaksin Covid-19 dengan mencatatkan jumlah penerima sebanyak 25,271 orang setakat semalam.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, jumlah itu merupakan sebahagian daripada 166,363 rakyat yang telah divaksin setakat ini.

“Individu yang divaksin di Selangor pula sebanyak (15,357), Pahang (15,521), Johor (13,746), Kuala Lumpur (13,681), Sabah (13,474) dan Kelantan (13,149).

“Sementara itu, Perak (12,952), Kedah (9,358), Terengganu (9,081), Pulau Pinang (6,487), Negeri Sembilan (5,981) dan Melaka (4,411),” katanya menerusi ciapan di Twitter tadi.

Katanya, jumlah individu menerima vaksin di Perlis dan Putrajaya masing-masing seramai 3,062 dan 2,573 orang. -K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI