fbpx

Pengurus pemasaran korporat direman makan suap lebih RM100,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bekas pengurus pemasaran dan korporat sebuah pusat beli-belah direman empat hari.

SHAH ALAM – Seorang bekas pengurus pemasaran dan korporat sebuah pusat beli-belah direman empat bermula hari ini bagi membantu siasatan menerima suapan RM101,999 bagi kontrak pembekalan hadiah di antara 2018 hingga 2019.

Perintah reman itu dikeluarkan terhadap Timbalan Pendaftar Mohamad Redza Azhar Rezali terhadap suspek wanita berusia 44 tahun yang diwakili Peguam Adeeb BarakbahSyed Muhammad Adeeb Barakbah dalam prosiding permohonan reman yang dipohon Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Suspek terdahulu tiba di kompleks Mahkamah Shah Alam pukul 9.50 pagi dengan memakai baju lokap SPRM dan dikawal pegawai pihak berkuasa tersebut.

Menurut sumber, suspek ditahan pukul 2.30 petang semalam selepas hadir memberikan keterangan di pejabat SPRM Selangor.

Katanya, difahamkan kontrak pembekalan hadiah kepada pusat beli-belah tersebut bernilai kira-kira RM564,000.

“Suspek dipercayai bekerja kira-kira 10 tahun bersama pusat beli-belah itu disyaki menerima rasuah berjumlah RM100,000 sebagai balasan membantu sebuah syarikat untuk mendapat kontrak pembekalan hadiah.

“Ini termasuk bagi hadiah untuk pelanggan dan acara di pusat beli-belah itu,” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim mengesahkan penahanan itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009. -K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI