fbpx

Pendakwaan pinda pertuduhan ke – 27 Ahmad Zahid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AHMAD ZAHID

KUALA LUMPUR – Pihak pendakwaan meminda pertuduhan ke-27 dalam kes yang dihadapi Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

Pertuduhan ke -27 itu membabitkan pengubahan wang haram yang dihadapai Ahmad Zahid iaitu bilangan cek daripada 30 keping berjumlah RM6,885,300. menjadi 35 keping cek berjumlah RM7,511,250.

Dalam pertuduhan terbaharu itu, Ahmad Zahid didakwa telah melakukan kesalahan pengubahan wang haram iaitu telah melibatkan diri secara langsung dalam transaksi yang melibatkan hasil daripada aktiviti haram dengan cara mengarahkan Omar Ali Abdullah untuk mengubah bagi pihak dirinya wang tunai berjumlah RM7,511,250.20 kepada 35 keping cek.

Cek-cek itu kemudiannya diserahkan kepada Tetuan Lewis & Co. untuk tujuan pembelian simpanan tetap di Maybank, yang mana ia merupakan hasil aktiviti haram.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Marhaba Enterprise, Jalan Bukit Bintang di sini antara 29 Mac 2016 dan 15 Julai 2016 yang didakwa mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (akta 613) yanh boleh dihukum dibawah Seksyen 4(1) akta sama.

Hukuman bagi seksyen itu memperuntukkan penjara makismum 15 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai daripada aktiviti haram atau RM5 juta atau yang mana lebih tinggi jika sabit kesalahan.

Sejurus selepas pertuduhan terbaharu itu dibacakan, Ahmad Zahid kemudian menjawab mengaku tidak bersalah.

“Saya faham tuduhan ini untuk memberatkan hukuman kepada saya. Terima kasih…(Saya) Tidak mengaku (salah),” katanya.

Hakim Collin Lawrence Sequerah membenarkan pindaan pertuduhan tersebut dan perbicaraan bersambung lagi.

Ahmad Zahid, 68, berdepan 47 pertuduhan dengan 12 daripadanya membabitkan pecah amanah, lapan rasuah dan 27 pengubahan wang haram melibatkan puluhan juta ringgit dana milik Yayasan Akalbudi. -K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI