fbpx

Empat lelaki ditahan cuba seludup air, daun ketum

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
(ESSCOM) dengan kerjasama Batalion 14, Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya mematahkan cubaan empat lelaki tempatan menyeludup 20 bungkus air ketum serta 11 kilogram daun ketum yang disembunyikan dalam sebuah van ketika melalui Pemeriksaan Daratan (RCP) Kalabakan ESSCOM kelmarin.

KALABAKAN –  Cubaan empat lelaki tempatan menyeludup 20 bungkus air serta 11 kilogram daun ketum yang disembunyikan dalam sebuah van kelmarin berjaya dipatahkan oleh pasukan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) dengan kerjasama Batalion 14, Pasukan Gerakan Am (PGA) .

Semua lelaki berusia antara 24 sehingga 72 tahun berkenaan ditahan kira-kira pukul 3.30 petang ketika  melalui Pemeriksaan Daratan (RCP) Kalabakan ESSCOM di kawasan terbabit.

Komander Esscom Datuk Ahmad Fuad Othman berkata, pihaknya menahan sebuah van ekoran dilihat melalui lokasi pemeriksaan dalam keadaan mencurigakan.

“Pemeriksaan fizikal ke atas kenderaan itu telah menemui dua buah kotak iaitu sebuah kotak berwarna coklat dan satu lagi kotak jenis polistrin berwarna putih yang disembunyikan di bahagian belakang van yang disyaki mengandungi bahan-bahan terlarang.

“Hasil pemeriksaan lanjut, kita menemui 11 kilogram daun ketum selain 20 bungkusan cecair dipercayai air ketum yang disembunyikan di dalam kedua-dua kotak terbabit,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ahmad Fuad berkata, ekoran penemuan itu, keempat-empat individu berkenaan kini ditahan untuk siasatan lanjut.

Semua suspek dibawa ke balai polis Kalabakan dan kes akan disiasat di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.

Mengulas lanjut, beliau menyatakan nilai keseluruhan rampasan dalam kes ini termasuklah sebuah van berjenama Foton dianggarkan RM 121,310.-K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI