fbpx

Pusat Kuarantin Transit Covid-19 di Selangor tidak ditambah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amirudin (tiga dari kanan) memberikan sejambak bunga kepada Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam, Perpaduan dan Pembangunan Wanita dan Keluarga, Dr. Siti Mariah Mahmud (dua dari kanan) sebagai simbolik perasmian majlis tersebut di pejabat SUK, di Shah Alam, hari ini

SHAH ALAM – Kerajaan Selangor tidak bercadang untuk menambah Pusat Kuarantin Transit Covid-19, seperti yang dirancang sebelum ini.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, keputusan tersebut ekoran jumlah kes jangkitan harian di negeri itu yang didapati semakin menurun.

Menurut beliau, setakat ini sebanyak dua buah pusat kuarantin transit di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Bangi dan hotel Pegasus, Shah Alam.

“Memang, kita bercadang untuk buka pusat transit di empat daerah. Namun memandangkan kes jangkitan harian telah turun kepada tiga angka berbanding empat angka sebelum ini, justeru tiada keperluan membuka pusat transit baharu,” katanya pada sidang akhbar hari ini.

Terdahulu beliau merasmikan majlis Sambutan Hari Wanita Sedunia Peringkat Selangor 2021 dan Pra Pelancaran Ekspo Hasil Suri Selangor (HaSSel) Hybrid 2021 di pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di sini.

Selangor sebelum ini merancang untuk mewujudkan pusat tersebut di daerah Klang, Hulu Langat, Petaling dan Sepang dengan empat daerah itu menjadi penyumbang tertinggi kepada kes positif harian Covid-19 di negeri itu.

Semalam, sebanyak 746 kes positif Covid-19 yang dicatatkan di Selangor daripada 1,683 kes yang dicatatkan di seluruh negara.

Mengulas berhubung program Pencegahan Penularan di Kawasan Titik Panas (POIS), Amirudin berharap lebih banyak majikan untuk menyertai program tersebut yang dilancarkan bulan lepas.

“Terbaharu, sebuah syarikat pengeluar sarung tangan lateks menyertai program ini setelah syarikat itu mencatatkan 800 kes positif di beberapa buah kilang miliknya dan kita akan membantu syarikat berkenaan sehingga kes mereka menurun,” jelasnya. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI