fbpx

MBD bergolak, kerajaan negeri gesa segera selesaikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suhaimizan (duduk, dua, kiri) bersama wakil dari lapan pertubuhan serta organisasi belia yang mengadakan mesyuarat tergempar bagi menghantar memorandum tuntutan ke atas ketelusan MBD di peringkat daerah, semalam

TAMPIN – Beberapa Majlis Belia Daerah (MBD) di negeri ini mengalami pergolakkan sehingga terdapat beberapa ahli gabungan terdiri daripada persatuan belia nekad untuk keluar dari MBD sekiranya masalah berkenaan tidak dapat diatasi.

Penyelaras Gabungan Tuntutan Belia Daerah Tampin, Suhaimizan Bizar berkata, lapan daripada 10 ahli gabungan MBD terdiri daripada Gerakan Belia 4B (GB4B), Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC), Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Persatuan Asrama Belia Malaysia (MYHA), Kelab Bell Belia Tamil (KBBT) dan tiga badan beruniform iaitu Pengakap, Pandu Puteri dan Puteri Islam di peringkat daerah nekad untuk keluar dari MBD sekiranya pihak berkenaan tidak mahu menerima cadangan dari ahli gabungan.

Menurutnya, memorandum secara rasmi akan dihantar kepada Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tampin, Isnin ini bagi memastikan tuntutan mereka itu dapat diperhalusi secara rasmi.

“MBD ini sebenarnya memainkan peranan yang sangat penting dalam memastikan semua persatuan belia di daerah ini dapat bermotivasi untuk bergerak lebih aktif dan juga tanpa sebarang perbalahan dari segi ketulusan terutamanya perjalanan mesyuarat agung.

“Malah, MBD Tampin juga gagal untuk melaksanakan Mesyuarat Agung Tahunan bagi dua tahun berturut-turut dan memberi peluang kepada semua ahli gabungan untuk bertanding dalam jawatan di peringkat MBD sendiri,” katanya ketika ditemui sempena mesyuarat gabungan berkenaan di Pekan Gemencheh, di sini semalam.

Suhaimizan berkata, kelapan-lapan organisasi belia yang membuat tuntutan berkenaan sudah hilang kepercayaan kepada MBD Tampin dan ingin bergerak secara bersendirian kerana tidak mahu lagi dipergunakan.

Menurutnya, sepanjang tempoh tiga tahun ini, persatuan belia di peringkat akar umbi telah bergerak dan menggunakan dana yang dicari sendiri yang disumbangkan oleh jabatan kerajaan lain, pemimpin setempat dan individu tertentu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI