fbpx
Susan (dua, kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif ISN, Dr. Vellapandian A/L Ponnusamy menunjukkan dokumen kerjasama yang dimeterai.

Pusat Perubatan Sunway Velocity, ISN perkukuh penjagaan dan pemulihan atlet

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pusat Perubatan Sunway Velocity (SMCV) dan Institut Sukan Negara (ISN) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bagi memperkukuh penjagaan kesihatan atlet dan ahli profesional sukan melalui penjagaan yang lebih lancar, selaras dan khusus.

Melalui kerjasama tersebut, atlet dan kakitangan ISN yang layak akan mendapat manfaat daripada pelbagai perkhidmatan utama di SMCV.

Ini termasuk rawatan pesakit luar dan kemasukan ke hospital, pemulihan pasca pembedahan, perkhidmatan radiologi seperti ujian MRI, imbasan CT dan sinar-X, penjagaan ortopedik bagi masalah tulang, kecederaan sukan, sendi dan otot, serta perkhidmatan dermatologi untuk penyakit kulit yang berkaitan sukan.

MoU itu turut mewujudkan sistem rujukan yang dipermudah antara SMCV dan ISN, membolehkan atlet dan kakitangan mendapat akses kepada kemudahan serta kepakaran daripada gabungan kedua-dua institusi sepanjang rawatan mereka.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif SMCV Susan Cheow, pihaknya berbesar hati dapat bekerjasama dengan ISN dalam kolaborasi yang mencerminkan komitmen bersama untuk menyokong kesihatan dan pemulihan atlet negara serta ahli profesional sukan Malaysia.

“Apa yang lebih penting, ini bukanlah kerjasama sekali sahaja, tetapi permulaan kepada kerjasama berterusan yang menggabungkan kepakaran daripada kedua-dua institusi bagi memberikan manfaat yang berterusan dan dapat membuahkan hasil positif kepada atlet negara,” katanya dalam kenyataan hari ini. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN