fbpx

KKM bersedia beri vaksin kepada jemaah haji

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) bersedia untuk melaksanakan pemberian vaksin Covid-19 kepada jemaah haji jika Arab Saudi menetapkan vaksinasi sebagai syarat memasuki negara itu.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, buat masa ini, dua jenis vaksin sedia untuk diberikan kepada bakal jemaah haji iaitu Sinovac dan Pfizer jika benar syarat itu akan dilaksanakan nanti.

“Kita masih menunggu jumlah kuota haji yang ditetapkan kerajaan dan bersedia untuk pemberian vaksin jika ia dilaksanakan kelak,” katanya dalam sidang akhbar bersama Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin Abu Bakar di sini hari ini.

Sementara itu, Khairy Jamaluddin memaklumkan bahawa pihaknya juga sedang mendapatkan pengesahan Arab Saudi mengenai syarat pengambilan vaksin kepada bakal jemaah haji.

“Jika benar itu syaratnya, maka bakal jemaah haji Malaysia akan menerima suntikan vaksin terlebih dahulu,” katanya.

Sementara itu, Khairy Jamaluddin berkata, setakat hari ini, Jawatankuasa Jaminan Akses Bekalan Vaksin (JKJAV) belum lagi menyenaraikan pengamal media sebagai penerima vaksin Covid-19 bagi fasa pertama Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

Beliau yang juga Menteri Penyelaras PICK berkata, JKJAV bagaimanapun telah menubuhkan jawatankuasa kecil bagi melihat permohonan pengamal media itu.

“Kita akan ada mesyuarat pada Khamis ini. Kalau ada perkembangan terbaharu mengenai permohonan itu, kita akan maklumkan kemudian,” katanya.

Dalam pada itu, Adham berkata, kerajaan kini sedang merancang supaya imuniti kelompok bagi pemberian vaksin dapat dicapai pada suku kedua tahun ini.

“Sekiranya rancangan itu berjaya, kita tidak perlu tunggu sehingga akhir tahun untuk melengkapkan imuniti kelompok seperti yang dijadualkan. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI