fbpx

Velella velella terdampar di pantai Terengganu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Velella velella yang ditemui terdampar di Pantai Teluk Ketapang di Kuala Nerus beberapa hari lalu.

KUALA TERENGGANU – Obor-obor spesies Velella velella atau ‘by-the wind sailors’ ditemui terdampar di pesisir pantai Terengganu khususnya di sepanjang daerah ini, Kuala Nerus dan Marang sejak beberapa hari lalu.

Pengarah Perikanan Terengganu, Zawawi Ali berkata, setakat ini, hidupan marin berwarna biru berkenaan didapati terdampar di Pantai Pandak, Pantai Teluk Ketapang dan Pantai Rhu Muda.

Beliau berkata, Velella velella yang biasanya terapung di tengah lautan dipercayai dibawa arus ombak kuat dan angin sebelum terdampar ke pantai-pantai berkenaan.

“Saya menasihatkan orang awam agar tidak memegang, menyentuh atau menyimpan spesis itu sama ada yang masih hidup ataupun sudah mati.

“Ia mungkin tidak berbahaya kepada individu dewasa tetapi berisiko kepada kanak-kanak kerana boleh menyebabkan kegatalan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Jelasnya, Velella velella berbeza dengan satu lagi spesies obor-obor iaitu Portuguese man o’ war yang menggemparkan setelah banyak terdampar di pesisir pantai Terengganu pada awal tahun lalu.

Katanya, Velella velella dapat dikenali kerana memiliki layar manakala ciri-ciri pula Portuguese man o’ war ialah bergelembung. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI