fbpx

Suami Ain Edruce sudah ada peminat!

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AIN EDRUCE bersama suaminya, Amirul Hafiz.

Suami Ain Edruce sudah ada peminat? Lucu tetapi itulah realitinya.

Salah seorang peminatnya ialah teman baik Diva, Miss Gojes yang sangat suka menonton gelagat bersahaja Amirul Hafiz menerusi video-video yang dikongsi Ain dalam saluran YouTubenya.

Menurut Cik Gojes, dia sangat suka melihat reaksi serta mimi muka Amirul, katanya sangat kelakar.

Malah, dia juga mahu Amirul muncul dalam setiap video Ain. Wah! Dalam diam-diam sudah ada peminat.

Tidak dinafikan, gelagat bersahaja dengan reaksi jujur Amirul antara penyumbang kepada jumlah penonton Ain.

Mana tidaknya, video Amirul yang dimuat naik pada Isnin lalu berjaya mendapat lebih 240,000 tontonan dalam tempoh empat hari.

Alahai, selepas ini mungkin Amirul sudah boleh bergelar pensohor YouTube dan membuat saluran sendiri?

Jujurnya memang ramai yang mengakui terhibur melihat gelagat pasangan itu. Semoga lebih banyak kandungan kreatif yang akan dimuat naik ya!

DIVA: Dengarnya ramai sudah bosan dengan isu tentang Janna Nick? Sabarlah ya, itulah lumrah bergelar anak seni.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI