fbpx

Penang FC benam KL City FC 1-0

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penang FC benam KL City FC di Stadium Bandaraya di George Town malam ini.

GEORGE TOWN – Pasukan Penang FC berjaya menundukkan Kuala Lumpur City FC 1-0 pada perlawanan pembukaan kempen Liga Super 2021 di Stadium Bandaraya di sini malam ini.

Skuad kendalian Ketua Jurulatih, Trucha Tomas itu berjaya meledakkan gol pertama hasil sepakan penjuru oleh pemain kacukan Malaysia-Australia, David William Tolley pada minit ke-12.

Cubaan beberapa kali pasukan pelawat untuk menyamakan mata jaringan pada separuh masa pertama ternyata tidak menjadi apabila penjaga gawang Penang FC, Samuel Jacob Somerville berjaya mempertahankan kubu pasukannya.

Pemain tengah Penang FC, Endrick Dos Santos Parafita cuba menggandakan mata jaringan buat pasukan pada masa tambahan separuh masa pertama namun tidak berhasil.

Bagaimanapun, kedudukan itu kekal sehingga tamat separuh masa pertama.

Memasuki babak kedua aksi perlawanan, skuad bimbingan Ketua Jurulatih KL City FC, Bojan Hodak berkali-kali mengasak bola ke gawang tuan rumah namun berjaya dikawal rapi barisan Penang FC.

Pemain tengah Penang FC, Mohammad Amer Azahar dan penyerangnya, Anselmo Arruda Da Silva antara tonggak utama pasukan bagi menambahkan mata jaringan namun berjaya dihalang kemas oleh penjaga gawang KL City FC, Kevin Ray Mendoza Hansen.

Bagaimanapun, kedudukan pasukan tuan rumah kekal 1-0 hingga ke hujung perlawanan.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican turut meluangkan masa menyaksikan perlawanan pembukaan itu sekali gus memantau konsep gelembung sukan dan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) di stadium berkenaan.

Penang FC akan bertemu Johor Darul Ta’zim (JDT) pada 9 Mac ini pada perlawanan yang akan berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, Johor.- K! .

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI