fbpx

1,683 kes baharu, 2,506 pesakit sembuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Sebanyak 1,683 kes baharu dilaporkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes Covid-19 di negara ini kini mencecah 313,460 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah tersebut, 10 kes import mendapat jangkitan dari luar negara dan sebanyak 1,673 kes penularan tempatan.

Menurutnya, kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula sebanyak 20,333 kes.

“Selain itu, terdapat 2,506 kes sembuh hari ini dengan jumlah kes pulih sepenuhnya daripada Covid-19 sebanyak 291,958 kes.

“Terdapat tiga kes kematian baharu hari ini menjadikan sebanyak 1,169 kes kematian Covid-19 di negara ini,” katanya di laman sosial Facebook rasminya di sini hari ini.

Ujarnya lagi, sebanyak 174 kes positif sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 81 kes memerlukan bantuan pernafasan. – K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI