fbpx

Tun Mohd. Ali dimasyhur Canselor ketiga UTeM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad (kiri) menyerahkan watikah pelantikan kepada Mohd. Ali pada upacara pemasyhuran Canselor UTeM yang berlangsung di Dewan Seri Utama, Seri Negeri, semalam.

MELAKA – Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd. Ali Mohd. Rustam dimasyhurkan sebagai Canselor ketiga Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) di Dewan Seri Utama, Seri Negeri, semalam.

Pelantikan Mohd. Ali mendapat perkenan Yang Di-pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al- Mustafa Billah Shah berkuatkuasa selama empat tahun bermula 15 Ogos 2020 hingga 3 Jun 2024.

Pada majlis tersebut, watikah pelantikan telah diserahkan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad bagi mewakili baginda.

Mohd Ali. dalam ucapannya berkata, UTeM merupakan universiti teknikal pertama yang diwujudkan di Malaysia pada 1 Disember 2000 untuk memartabatkan ilmu melalui pendidikan, penyelidikan dan kesarjanaan teknikal yang inovatif dan kreatif.

Katanya, UTeM perlu berada dalam arus perdana pendidikan tinggi negara sebagai daya penggerak utama membentuk hala tuju baharu masyarakat Malaysia ke arah transformasi ekonomi dan sosial khususnya dalam era ledakan Industri 4.0 dan ekonomi digital.

“Saya juga melihat UTeM sentiasa komited membantu negara dan negeri Melaka dalam menyediakan tenaga kerja yang berkemahiran tinggi berpacukan industri.

“Pelaksanaan peta strategi pemerkasaan TVET dijangka mampu menghasilkan graduan TVET yang seimbang, holistik dan berciri keusahawanan untuk membangunkan negeri dan negara amnya,” katanya.

Terdahulu, pemasyhuran Mohd. Ali itu menggantikan Canselor terdahulu yang merupakan Yang Dipertua Negeri Melaka keenam, Tun Mohd. Khalil Yaakob.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI