fbpx

SPRM minta Ahli Parlimen Sekijang tampil buat laporan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Ahli Parlimen Sekijang, Natrah Ismail perlu membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan dipujuk dua individu termasuk seorang bergelar Datuk Seri supaya memberi sokongan kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

SPRM dalam satu kenyataan berkata, Natrah yang juga Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR) perlu membuat laporan kepada SPRM selaras dengan Seksyen 25 Akta SPRM 2009 mengenai kewajipan melapor transaksi penyogokan.

“SPRM memohon Ahli Parlimen Sekijang atau mana-mana pihak yang mempunyai maklumat berhubung dakwaan individu menyogok Ahli Parlimen berkenaan seperti yang tular di media sosial baru-baru ini segera tampil membuat aduan kepada SPRM,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut kenyataan itu, SPRM bersedia menjalankan siasatan terhadap laporan dibuat Ahli Parlimen Sekijang jika perkara itu benar-benar dianggap sebagai perlakuan rasuah.

Natrah baru-baru ini mendakwa beliau dijanjikan manfaat jika bersetuju untuk berpaling tadah daripada PKR dan memberi sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Beliau bagaimanapun mendakwa telah menolak tawaran itu dan memaklumkan perkara tersebut kepada pucuk pimpinan PKR. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI