fbpx

8.5 peratus usahawan tutup kedai angkara Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mas Ermieyati menandatangani plak perasmian Pasaraya Coop Ummah di Kuantan hari ini.

Oleh NIK SUKRY RAMLI

KUANTAN – Sebanyak 8.5 peratus daripada kira-kira 80,000 usahawan berdaftar di negara ini dikenalpasti terpaksa menghentikan operasi susulan pandemik Covid-19 sejak tahun lalu.

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, penularan wabak itu turut menyaksikan 58 peratus atau kirakira 46,400 usahawan
usahawan terbeban apabila berdepan pelbagai masalah lain yang menjejaskan operasi mereka.

“Pelbagai usaha dan inisiatif sudah dan sedang dilaksanakan kerajaan bagi membantu usahawan memulihkan kembali perniagaan mereka termasuklah menyediakan insentif khas program pemulihan pasca Covid-19 berjumlah RM1.66 juta melalui Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).

“Selain itu bagi membantu usahawan, SKM juga menawarkan insentif khas pembiayaan program pemulihan pasca Covid-19 berjumlah RM3.48 juta,”katanya selepas program Perasmian Pasaraya Coop Ummah Milik Koperasi Ummah Berhad, di sini, hari ini.

Pada majlis itu, Mas Ermieyati turut menyerahkan replika cek kepada 17 wakil koperasi yang terjejas teruk akibat bencana banjir awal tahun ini, melalui Tabung Kecemasan Koperasi SKM.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI