fbpx

Sindiket kereta klon tumpas, nilai rampasan RM3.5 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian daripada kenderaan mewah yang berjaya dirampas dalam beberapa siri serbuan sejak sebulan lalu.

PETALING JAYA – Berselindung disebalik kedai menjual kereta terpakai dan jualan secara dalam talian.

Itu antara taktik licik sindiket kereta klon dan kereta curi yang dikesan cuba mengaburi pihak pembeli untuk membeli kereta ‘haram’ terbabit.

Bagaimanapun, sindiket yang beroperasi hampir tiga tahun lalu itu tumpas selepas pihak polis berjaya menahan enam lelaki tempatan dalam beberapa siri serbuan di sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Pahang, Johor dan Pulau Pinang sejak lebih sebulan lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Saiful Azly Kamaruddin berkata, selain menahan enam lelaki berusia lingkungan 22 hingga 42 tahun, pihaknya turut merampas 19 buah kenderaan terdiri daripada kenderaan pelbagai guna (MPV) mewah dan pelbagai lagi kereta import.

Katanya, kenderaan tersebut telah diubahsuai nombor casisnya sebelum dijual kepada pembeli dan nilai kesuluruhan rampasan dianggarkan bernilai RM3.5 juta.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI