fbpx

KPDNHEP : Tiada kes potong daging babi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Yunus membuat tinjauan di Pasar Awam Bagan Serai hari ini bagi memastikan peniaga meletakkan tanda harga terhadap barangan yang dijual. /FOTO WAT KAMAL ABAS

BAGAN SERAI – Tiada aduan diterima Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Perak mengenai isu memotong daging babi di tempat memproses ayam di Perak.

Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Intigrasi Nasional dan Masyarakat Sivil, Datuk Abdul Yunus Jamahri berkata, tiada laporan atau aduan daripada orang ramai mengenai kejadian tersebut di Perak setakat ini seperti yang berlaku di Banting, Selangor.

“Setakat ini KPDNHEP Perak tidak menerima sebarang aduan mengenai kes seperti itu.

“Bagaimanapun, pihak berkuasa akan terus membuat pemantauan agar ia tidak berlaku di negeri ini,” katanya kepada pemberita ketika membuat tinjauan di Pasar Awam Bagan Serai di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai isu tersebut yang menyebabkan keresahan dalam kalangan pengguna beragama Islam.

Sementara itu, Abdul Yunus berkata, sebanyak 16,486 buah premis telah di periksa KPDNHEP Perak bermula awal tahun ini hingga 28 Febuari yang lalu.

“Sebanyak 373 daripada pemeriksaan tersebut melibatkan kesalahan penipuan alat timbang dan manipulasi harga.

“Saman kompaun telah dikeluarkan kepada peniaga berkenaan dengan nilai kompaun keseluruhannya berjumlah RM39,200 manakala nilai sitaan berjumlah RM66,989,” katanya.

Katanya, sebanyak 201 aduan pula telah diterima oleh KPDNHEP dalam tempoh sama melibatkan transaksi dalam talian, perkhidmatan mengelirukan, harga dan aduan barangan kawalan. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI