fbpx

Tiga juruukur sesat 18 jam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rosli (kiri) dan Muhd. Firdaus berdoa selepas berjaya menemui jalan keluar selepas tersesat ketika menjalankan kerja-kerja mengukur tanah di Kampung Rahmat, Setiu hari ini.

SETIU – Tiga juruukur Pejabat Tanah dan Daerah Setiu cemas tersesat hampir 16 jam sebelum ditemui selamat di kawasan berhampiran Kilang Sawit Chalok di sini hari ini.

Rosli Abd. Razak, 53; Muhd. Firdaus Zazumuddin, 21, dan Zuki Mamat, 50, ditemui dalam keadaan keletihan pada pukul 10.50 pagi.

Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Afandi Hussin berkata, sebelum kejadian, ketiga-tiga kakitangan PTG Setiu berkenaan melakukan kerja-kerja mengukur tanah lot bagi Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) Kampung Rahmat dan RTB Pak Kancil Toman di sini.

“Mereka melakukan kerja-kerja mengukur tanah itu dari pukul 9 pagi semalam sebelum tugas tersebut selesai pada lewat petang.

“Kesemua mangsa tersesat dan gagal mencari jalan keluar sebelum Rosli bertindak menghubungi seorang rakannya pada pukul 8.15 malam semalam untuk meminta pertolongan,” katanya di sini hari ini.

Afandi berkata, pasukan mencari dan menyelamat terdiri daripada anggota polis, bomba, Angkatan Pertahanan Awam dan penduduk kampung telah ditubuhkan bagi menjejaki ketiga-tiga mangsa tidak lama selepas itu.

Ujar beliau, pada awalnya, operasi mencari dan menyelamat dilakukan pada radius satu kilometer dari lokasi mereka dilaporkan tersesat.

“Kesemua mangsa akhirnya berjaya mencari jalan keluar berhampiran Kilang Sawit Chalok,” katanya.

Jarak Kilang Sawit Chalok dengan lokasi tapak RTB Kampung Rahmat dianggarkan kira-kira 5.4 kilometer. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI