fbpx

Tak hadir sebab sakit jantung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SHAH ALAM – Seorang bekas pengurus besar kanan syarikat pembekalan simen yang tidak hadir prosiding sebutan tiga pertuduhan menerima rasuah bulanan berjumlah RM225,700 akibat sakit jantung dilepas tanpa dibebaskan buat seketika oleh Mahkamah Sesyen hari ini.

Hakim Rozilah Salleh memutuskan demikian selepas mendengar hujahan kedua-dua pihak pendakwaan dan pembelaan.

Terdahulu dalam prosiding itu, Peguam Nik Ahmed Asraf mewakili tertuduh berusia 49 tahun memaklumkan anak guamnnya telah dimasukkan dan dirawat di Hospital Kuala Lumpur, semalam.

Peguam Nik Ahmed mewakili tertuduh yang merupakan bekas pengurus besar kanan syarikat pembekalan simen yang tidak hadir prosiding sebutan tiga pertuduhan rasuah bulanan RM225,700

“Difahamkan anak guam saya sakit jantung dan memerlukan masa tiga hari untuk pemeriksaan.

“Saya menyertakan salinan sijil cuti sakit ( MC ) dan surat pengesahan doktor. Penjamin hadir hari ini,” jelasnya.

Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ( SPRM ) Fadhli Ab. Wahab menjelaskan tertuduh telah dimaklumkan Isnin lalu untuk proses pertuduhan pada hari ini.

“Kita memohon untuk dibacakan pertuduhan itu hari ini ( tanpa kehadiran tertuduh) atau dilakukan di hospital,” katanya.

Pihak pendakwaan akan memfailkan semula pertuduhan tersebut.

Mengikut sumber, tertuduh yang bekerja selama 15 tahun dengan syarikat pembekalan simen itu bakal didakwa tiga pertuduhan rasuah bernilai RM225,700.

Sekiranya disabitkan kesalahan boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 mengikut yang mana lebih tinggi bagi setiap pertuduhan.

Sumber turut memaklumkan tertuduh telah meminta dan menerima suapan secara bayaran bulanan daripada dua syarikat pembekalan bahan mentah dan pengangkutan selama dua tahun bermula 2017.

Ujar sumber itu, hasil siasatan mendapati bayaran bulanan itu melibatkan RM10,000 bagi syarikat pengangkutan dan hampir RM8,000 daripada syarikat pembekalan bahan mentah.

“Bayaran bulanan itu berikutan tertuduh mempunyai pengaruh dalam menentukan laporan prestasi kerja bagi kedua-dua syarikat itu untuk projek mega di ibu kota,” jelasnya. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI