fbpx

Mengaku tidak salah hina Islam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Seorang penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan menghina agama Islam di laman sosial Facebooknya dua tahun lalu.

Tertuduh N. Ravi Chandran ,53, membuat pengakuan tidak bersalah itu selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim M. Edwin Paramjothy.

Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, tertuduh didakwa menggunakan profil “Ravin Narasingan” secara sedar telah memuat naik dua video kenyataan yang jelik sifatnya yang didakwa dilakukan pada 28 Jun 2019.

Video berkenaan kemudian telah dilihat melalui akaun Facebook lain pada 15 mei 2020 pukul 5.05 petang di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia, Jabatan Siasatan Jenayah dan Komersil, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Tingkat 27, Menara KPJ, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Berikutan itu pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588] yang boleh dihukum mengikut Seksyen 233(3) akta sama.

Hukuman bagi seksyen itu memperuntukkan denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga setahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Dalam prosiding itu, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Julaila Jamaludin manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 12 April ini untuk sebutan semula kes. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI