fbpx

Lapan cedera amukan pisau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA polis bertugas di lokasi serangan pisau di Velanda, Sweden kelmarin. - AFP

STOCKHOLM – Seorang lelaki menikam lapan orang di bandar Vetlanda, Sweden semalam dengan lima mangsa mengalami kecederaan serius.

Penyerang dibawa ke hospital selepas ditembak di kaki oleh polis. Insiden berlaku pada waktu tengahari di bandar yang didiami 13,000 penduduk itu.

Bercakap kepada agensi berita AFP, polis berkata, lelaki berumur dalam lingkungan 20-an itu menggunakan ‘senjata tajam’ manakala media tempatan melaporkan bahawa penyerang menghunus sebilah pisau.

Tiga mangsa mengalami kecederaan yang mengancam nyawa dan dua lagi parah, demikian menurut maklumat hospital di Jongkoping di mana mereka dirawat.

Tiga mangsa lain cedera ringan.

Penduduk tempatan, Olivia Strandberg memberitahu stesen penyiaran SVT bahawa dia tidak melihat serangan itu tetapi menyaksikan seorang lelaki ditangkap dari jendela rumahnya .

“Saya baru tiba di apartmen saya apabila sahabat karib saya menghantar mesej melarang saya berada di luar kediaman,” katanya.

Bercakap pada sidang akhbar, ketua polis tempatan, Malena Grann berkata, siasatan awal adalah berkaitan cubaan membunuh tetapi susulan maklumat lanjut, polis turut menyiasat motif keganasan dalam kejadian itu.

“Pentunjuk yang kami ada mendorong kami menyiasat sama ada terdapat motif keganasan,” katanya tanpa mengulas lanjut. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN