fbpx

Jenazah Nor Hayati selamat dikebumikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahli keluarga menyiram air dan bunga ke atas pusara Nor Hayati di Tanah Perkuburan Islam Kampung Lubuk Pusing, Bagan Terap, Sungai Besar.

SABAK BERNAM – Jenazah Allahyarham Nor Hayati Abdullah, 42, yang maut dalam runtuhan perancah besi di Jalan Lingkaran Tengah (MMR2) semalam, selamat dikebumikan di malam ini.

Jenazah Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Lubuk Pusing, Bagan Terap, Sungai Besar di sini, kira-kira pukul 10.30 malam.

Terdahulu, jenazah pekerja kilang elektronik yang dibawa dari Hospital Canselor Tunku Mukhriz (HCTM) Cheras tiba di Masjid Marzukiah untuk disembahyangkan pada pukul 9.45 malam.

Kakak mangsa, Maslina Wati, 43, berkata keluarganya bersyukur proses pengurusan jenazah anak bongsu daripada lima beradik itu berjalan lancar.

“Alhamdulilah, semua urusan dipermudahkan Allah termasuk keputusan saringan arwah yang disahkan negatif Covid-19.

“Jenazah Nor Hayati juga dikebumikan berdekatan pusara arwah kakak kami (Laila Hayati, 43) yang meninggal dunia akibat kanser payu dara pada 9 Mac 2019,” katanya ketika ditemui selepas pengebumian itu.

Tambah beliau, biarpun perit, dia sekeluarga hanya mampu pasrah dengan ketentuan Ilahi yang lebih menyayangi Allahyarham.

“Kami pasti merindui gelak tawa dan sikap peramahnya yang sentiasa menghiburkan keluarga terutama kanak-kanak,” katanya sebak.

Kosmo! hari ini melaporkan dua penumpang wanita maut manakala tiga yang lain parah selepas sebuah van kilang dihempap perancah besi yang sedang dalam pembinaan di Jalan Lingkaran Tengah (MMR2) berdekatan Bandar Tasik Selatan di Kuala Lumpur semalam.

Kejadian pada pukul 5.58 petang itu berlaku selepas sebuah treler dari arah Seri Petaling menghala ke Ampang terbabas sebelum merempuh perancah besi berkenaan sehingga
mengakibatkannya runtuh. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI