fbpx

Yuna, Hael, Altimet meriahkan konsert wayang Didi & Friends

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Selepas versi bahasa Melayu pada 25 Februari lalu, Konsert Hora Horey Wayang Didi & Friends versi bahasa Inggeris pula menyusul menemui penonton bermula 25 Mac ini.

ANIMASI popular dan juga pemenang Program Pra-sekolah Terbaik pada acara Asian Television Awards ke-24, Didi & Friends yang dikenali dengan cerita dan lagu-lagu hiburan serta pengajaran untuk kanak-kanak kini muncul dengan Konsert Hora Horey Wayang Didi & Friends.

Selepas kejayaan dua konsert terdahulu iaitu Konsert Hora Horey Didi dan Friends (2018) dan Konsert Hora Horey LIVE! Didi & Friends (2019), Astro dan Digital Durian terus menyajikan yang terbaik buat peminat setia animasi berkenaan.

Dengan kutipan melebihi RM2.7 juta pada 2018, konsert pertama memberi pengalaman sinematik yang unik di panggung wayang.

Sementara penganjuran konsert kedua dipersembahkan secara langsung untuk memberi pengalaman konsert muzikal interaktif. Menariknya kali ini, konsert ketiga Didi & Friends dibawa terus ke pawagam di rumah menerusi Astro First (480).

Lebih istimewa, penganjuran konsert kali ini dimeriahkan dengan kehadiran penyanyi popular iaitu Yuna, Hael Husaini dan rapper terkenal, Altimet.

Pada konsert berkenaan, Yuna menyanyikan lagu Bunga Matahari, manakala lagu Bingo 2020 dinyanyikan oleh Altimet dan Rindu Serindunya oleh Hael Husaini.

Beralih kepada watak-watak utama, selain Didi, Nana dan Jojo yang tampil berbeza, karakter Pak Atan, Tatak dan Bingo turut meriahkan konsert yang diberi nama Konsert Hora Horey Wayang tersebut.

Seterusnya, karakter Omar dan Hana pula diundang membuat kemunculan istimewa dalam lagu Ninja selain menampilkan gandingan pengacara konsert Kak Hani bersama Abang Paan.

Konsert berdurasi 90 minit tersebut akan mempersembahkan sebanyak 33 buah lagu yang terdiri daripada tujuh lagu baharu, tujuh lagu lama yang digubah semula dan 19 lagu daripada siri Didi & Friends.

Antaranya Rasa Sayang, Kalau Rasa Gembira, Mengantuknya Mumia, Bunyi Anak Haiwan dan Rawr Rawr Raksasa.

Hiburan di rumah

Konsert berkenaan terlebih dahulu ditayangkan dalam versi bahasa Melayu pada 25 Februari sebelum penonton dapat menikmatinya dalam versi bahasa Inggeris yang akan bermula pada 25 Mac depan.

YUNA, Altimet dan Hael Husaini menjadi antara penyanyi dalam Konsert Hora Horey Wayang Didie & Friends.

Pilihan bahasa

Pengarah Eksekutif Digital Durian, Sinan Ismail berkata, pihaknya selangkah di hadapan dalam menghasilkan kandungan hiburan mengujakan dan berkualiti untuk tatapan penonton.

“Jenama Didi & Friends diperkenalkan pada 2014 dan kami sentiasa komited untuk memastikan evolusi animasi bergerak seiring teknologi terkini demi memberi pengalaman berbeza kepada penonton.

“Saluran Astro First merupakan platform terbaik untuk konsert ini dipersembahkan secara menyeluruh dan lebih dekat kepada penonton.

“Untuk siri ketiga, kami memilih Yuna, Hael Husaini dan Altimet sebagai penampilan khas.

“Bakat dan aura mereka mampu menjadi tarikan buat penonton cilik serta dewasa. Harapan kami, kehadiran konsert ini di pawagam rumah dapat memberikan pengalaman menarik kepada penonton, sekali gus meninggalkan impak kepada industri animasi tempatan,” kata Sainan.

Sementara itu Ketua Astro Shaw dan Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad berkata, ini kali pertama Astro Shaw menyiarkan filem animasi berkonsepkan Pawagam Di Rumah Anda.

“Selepas lebih setahun industri perfileman tempatan tidak dimeriahkan dengan kemunculan filem animasi tempatan baharu, inilah masa yang sesuai untuk Konsert Hora Horey Wayang Didi & Friends menemui peminat.

“Jalan cerita dan lagu-lagu yang dipersembahkan sememangnya amat dekat dengan penonton di Malaysia, tidak kira latar usia.

“Dua versi bahasa memberi pilihan kepada penonton untuk menikmati kandungan baharu ini. Pasti menyeronokkan apabila anak kecil dapat menyanyi dan menari bersama keluarga, seterusnya terus kekal di rumah.

“Kami percaya, filem ini mampu mengeratkan lagi hubungan seisi keluarga,” katanya.

Selain melanggan Astro First, konsert berkenaan juga boleh dinikmati menerusi Astro Go atau On Demand pada harga RM15 selama 48 jam (dua

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI