fbpx

Wanita warga emas melecur dapur terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang lelaki warga emas cedera dalam kebakaran dapur rumah di Taman Ria pada pagi tadi.

SUNGAI PETANI – Seorang wanita warga emas berusia lingkungan 70-an melecur pada muka, kaki dan tangan selepas ruang dapur rumahnya terbakar dalam kejadian di Taman Ria di sini pada pada pagi ini.

Seorang lagi mangsa dipercayai suami wanita itu mengadu sakit bahagian lutut.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kedah, Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada pukul 11.38 pagi.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, kita mendapati kebakaran melibatkan bahagian dapur sebuah rumah setingkat.

“Penilaian awal kemusnahan akibat kebakaran hampir 12 peratus di bahagian dapur dan melibatkan dua orang mangsa warga emas,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya, anggota Perkhidmatan Penyelamatan dan Perawatan Kecemasan (EMRS) Sungai Petani memberi rawatan awal kepada kedua-dua mangsa sebelum dikejarkan ke Hospital Sultan Abdul Halim untuk rawatan.

Tambahnya, api berjaya dipadamkan pada pukul 11.54 pagi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI