fbpx

Syawan Zulkifly tak kisah membujang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SYAZWAN ZULKIFLY

PETALING JAYA –  Pelakon Syazwan Zulkifly mendedahkan bahawa dia tidak kisah untuk terus hidup membujang selepas perancangannya mendirikan rumah tangga pada tahun lalu gagal. 

Menurut Syazwan, 34, selepas ikatan pertunangannya dengan wanita bernama Sya Zulkifli terputus pada 31 Mac tahun lalu, dia tidak terdesak untuk segera menamatkan zaman bujang. 

“Putus tunang tidak mengganggu hidup saya kerana menganggap sudah tiada jodoh antara kami. Walaupun pernah putus tunang, saya tidak serik untuk kembali dengan proses dalam perhubungan iaitu bercinta, bertunang dan jika sudah sampai jodoh berkahwin. 

“Hubungan saya dengan bekas tunang juga dalam keadaan baik,” ujarnya ketika dihubungi Kosmo! sebentar tadi. 

SYAZWAN mengakui selesa berkawan dengan Wan Sharmila namun hubungan mereka tidak sampai ke tahap bercinta.

Jelas pelakon drama yang kini sedang popular dengan drama Angkara Cinta itu lagi, meskipun usianya sudah menjangkau angka 34 tahun dan ramai rakan seusia sudah berkahwin, keluarganya tidak pernah memberi tekanan untuk mendirikan rumah tangga. 

Mungkin kerana itu, Syazwan menegaskan dia selesa hidup membujang dan tidak meletakkan sebarang sasaran usia untuk menamatkan zaman bujang. 

“Buat masa sekarang saya tidak kisah untuk hidup membujang sampai bila-bila. Sepatutnya saya berkahwin tahun lepas, tetapi tiada jodoh. Jika esok lusa sudah sampai seru dan terasa mahu berkahwin, saya akan berkahwin,” kongsinya.Menyentuh tentang perhubungan dengan pelakon Wan Sharmila atau mesra disapa Lala, kata Syazwan mereka masih berkawan baik sehingga ke hari ini. 

“Saya masih berhubung dengan Lala dan kerap bertanya khabar jika ada kelapangan. Dia wanita yang baik dan ibu juga tahu hubungan baik saya dengannya. Cuma kami kekal sebagai rakan buat masa ini. 

“Jika mahu berkahwin kelak saya tiada syarat lain kecuali ibu merestui dan suka dan pilihan saya,” katanya yang masih menjalani penggambaran drama Angkara Cinta sebanyak 115 episod di Ipoh, Perak. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI