fbpx

MAIS nasihat Muhammad Sajad bertaubat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SAJAT gagal dikesan selepas waran tangkap ke atasnya dikeluarkan Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam Selasa lalu.

SHAH ALAM – Usahawan kontroversi, Nur Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruzzaman dinasihatkan agar sedar dan bertaubat sekiranya apa yang didedahkan menerusi sebuah video mengenai perihal menukar agama itu adalah benar.

Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, perkara itu adalah sangat dikutuk oleh Allah SWT dan mahu Muhammad Sajjad, 36, agar secara sukarela dan ikhlas berjumpa dengan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Abdul Aziz

“Saya ingin memaklumkan kepada saudara Muhammad Sajjad bahawa JAIS dan MAIS ini ingin membantu dia, kalau boleh secara sukarela dan secara ikhlas berjumpa dengan JAIS supaya kita dapat berbincang untuk kebaikan semua pihak.

“Jadi, tak perlulah saudara menyembunyikan diri sebab negara kita ini bukannya besar sangat, ‘sooner or later’ kita akan dapat dia,” katanya ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Kempen Prihatin Buah Pinggang Kita Semua yang dianjurkan di Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) di sini hari ini.

Pada 23 Februari lalu, usahawan kosmetik itu dikenakan waran tangkap oleh Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam kerana tidak hadir sebutan semula kes berhubung menghina Islam.

Sementara itu, pada 27 Februari, satu serbuan ke kediamannya di Seksyen 10, Kota Damansara, Petaling Jaya telah dilakukan petugas JAIS dengan bantuan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya namun dia gagal ditemui dan disyaki cuba bersembunyi di lokasi lain.

Nur Sajat kemudian sekali lagi didakwa membuat kejutan seolah-oleh berniat mahu menukar agama melalui sebuah video berdurasi 1 minit 48 saat yang tidak dapat dipastikan tarikh video itu dimuat naik.

Mengulas lanjut, Abdul Aziz menambah, tujuan dan matlamat JAIS adalah untuk membantu ahli perniagaan itu agar tidak terseleweng daripada ajaran Islam yang sebenarnya.

“Kita boleh nasihat kepada saudara Muhammad Sajad ini, tidak perlulah dia buat kenyataan dalam media sosial, jangan timbulkan benda yang bukan-bukan.

“Pihak JAIS juga manusia biasa, mereka juga ada rasa kecewa dan marah jika sekiranya menggunakan media untuk sosial dengan kata-kata tidak baik sedangkan tujuan mereka adalah untuk mendapatkan maklumat yang betul, berbincang, bertukar-tukar fikiran dan membuat keputusan yang sesuai mengikut undang-undang,” ujarnya. -K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI