fbpx

Enam jam padam kebakaran stor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba melakukan pemeriksaan bagi memastikan tiada punca api dalam kebakaran sebuah pasar raya di Jalan Tenang, Labis, Segamat hari ini.

LABIS – Stor sebuah pasar raya hangus dijilat api dalam kebakaran di Jalan Tenang, Labis, Segamat di sini, awal pagi hari ini.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Labis, Penolong Penguasa Bomba Mohd. Farizan Mokhtar, pihaknya menerima panggilan kira-kira pukul 3.56 pagi.

Setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di tempat kejadian, didapati berlaku kebakaran di sebuah pasar raya satu tingkat jenis kekal.

“Kebakaran melibatkan bahagian stor yang terletak di belakang premis berbentuk L berkeluasan 100×10 kaki dan 12×15 kaki tersebut.

“Kebakaran telah memusnahkan 100 peratus bahagian stor dan bomba mengambil masa enam jam bagi mengawal api dari merebak ke bahagian lain sebelum operasi ditamatkan,” katanya.

Mohd. Farizan berkata, bomba mengalami kesukaran semasa operasi pemadaman kerana timbunan barang-barang yang berada di atas rak jatuh ke bawah.

Jelasnya, anggota terpaksa menyelongkar barang-barang dibawah untuk memastikan tiada lagi punca api.

Terdahulu, 11 anggota BBP Labis dibantu 12 anggota BBP Bandar Baru Segamat bergegas ke tempat kejadian dan operasi pemadaman menggunakan dua buah jentera FRT dan sebuah Water Tanker dengan lima pancutan air.-K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI