fbpx
Zarina dan suaminya dikenali Yas. Gambar fail

Zarina Anjoulie, suami sudah rujuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Sebulan selepas bercerai secara mengejut, pelakon Zarina Anjoulie sekali lagi membuat kejutan apabila mendedahkan dirinya kini kembali bergelar isteri kepada Eilyas Azhar.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Zarina menerusi Instagramnya hari ini.

Menerusi perkongsian tersebut, Zarina turut memberi amaran kepada wanita-wanita yang kerap menghantar mesej terhadap suaminya agar berhenti melakukan perkara tersebut.

“Wahai perempuan-perempuan yang asyik menghantar mesej kepada Yas (nama gelaran Eilyas), aku rasa sekarang sudah boleh berhenti mesej suami aku.

“Tak marah, pesan sahaja. Aku dan Yas pun sudah rujuk,” katanya dalam entri tersebut.

Selang tidak lama kemudian, pelakon drama Anak Pontianak itu bagaimapun bertindak memadam entri tersebut.

Malah, dia juga tidak memperincikan tarikh mereka kembali bergelar suami isteri.

Kosmo! pada 27 Januari lalu pernah melaporkan Zarina mendedahkan dia dan suami sudah memfailkan perceraian.

Untuk rekod, Zarina dan Eilyas mendirikan rumah tangga pada 17 Julai tahun lalu di Pejabat Agama Islam Daerah Seremban, Negeri Sembilan. – K! ONLINE