fbpx

Kluster terbaharu di NS babitkan kumpulan berisiko tinggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Kluster Jalan Bukit Blossom iaitu kluster terbaharu yang direkodkan di negeri ini membabitkan golongan berisiko tinggi terdiri daripada penghuni pusat jagaan warga emas di Taman Bukit Blossom.

Mengikut data yang dikongsikan oleh Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC), kes indeks bagi kluster berkenaan membabitkan seorang perempuan berusia 77 tahun warganegara Malaysia yang dilaporkan positif Covid-19 pada 28 Februari hasil saringan pra prosedur.

Menurutnya, sebanyak 40 individu telah disaring di mana 18 kes telah direkodkan dengan catatan kes baharu sebanyak 16 kes.

Sementara itu,  Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Sembilan S. Veerapan berkata, tambahan kluster baharu itu menjadikan terdapat 25 kluster yang masih belum diisytiharkan tamat di negeri ini.

“Selain penambahan kes dari Kluster Jalan Bukit Blossom, terdapat penambahan kes positif Covid-19 pada kluster Industri Sungai Gadut iaitu 56 kes, kluster Industri TTJ serta kluster Industri Tekstil Nilai, masing-masing tujuh kes, kluster Persiaran Bunga Tanjung tiga kes baharu dan kluster Jalan Lima (Selangor) terdapat satu kes baharu direkodkan di Mukim Rasah.

“Secara keseluruhannya, sehingga pukul 12 tengah hari tadi terdapat 115 kes baharu positif Covid-19 dilaporkan ke CPRC Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan (JKNNS) menjadikan jumlah keseluruhan kes sebanyak 16,091 kes,” katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI