fbpx

Bukti Bale masih gembira di Spurs

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BALE meledak dua gol dan mencipta umpanan gol ketika membantu Spurs menewaskan Burnley 4-0 pada aksi kelmarin. - AFP

LONDON – Penggempur Tottenham Hotspur, Gareth Bale mengakui bahawa aksi menentang Burnley merupakan saat paling gembira buat dirinya selepas pulang ke London apabila berjaya meledak dua gol untuk membantu kemenangan 4-0 pasukan itu kelmarin.

Pemain berusia 31 tahun itu meledak jaringan seawal minit kedua perlawanan sebelum melakukan umpanan gol kepada Harry Kane untuk gol kedua pada minit ke-15.

Lucas Moura turut mencatat nama sebagai penjaring pada minit ke-31 dan Bale menambah gol kedua peribadi kira-kira 10 minit babak kedua bermula dengan menyudahkan umpanan yang diberikan oleh Son Heung-min.

Bale hanya diturunkan dalam kesebelasan utama sebanyak dua kali daripada lapan penampilannya di Liga Perdana Inggeris dan menja­ringkan satu gol sebelum me­lakukan aksi menakjubkan menentang anak-anak buah Sean Dyche itu.

Bagaimanapun, bintang antarabangsa Wales itu menafikan bahawa dia kecewa ekoran kekurangan minit perlawanan bersama Spurs musim ini dan berharap akan diberikan lebih banyak peluang selepas ini.

“Apa yang penting kami sedar bahawa kami tidak berada pada kedudukan yang selesa dan perlu mencari semula ren­tak kemenangan.

“Ia bukanlah mengenai menjaringkan gol tetapi keseluruhan prestasi pasukan ini.

“Saya gembira untuk berada di sini. Bilik persalinan kami sangat selesa dan menggembirakan. Saya gembira dan saya tunjukkannya ketika berada di padang,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI