fbpx

PM beri jaminan pilihan raya dibuat selepas Covid-19 selesai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi jaminan akan menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan Parlimen apabila masalah Covid-19 dapat diatasi supaya pilihan raya dapat diadakan bagi membolehkan rakyat memilih kerajaan mana yang layak untuk memerintah.

Beliau berkata, tidak ada satu pun daripada Ordinan Darurat yang diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong bertujuan untuk membolehkan Perdana Menteri kekal berkuasa selama-lamanya.

“Malah, darurat yang sedang dilaksanakan ini juga mempunyai tempoh tamat pada 1 Ogos depan. Inilah kali pertama dalam sejarah negara kita, darurat mempunyai tempoh tamat,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan amanat Setahun Malaysia Prihatin di Pusat Persidangan Antarabangsa Putrajaya di sini hari ini.

Muhyiddin berkata, buat masa ini, dia meminta rakyat memberi ruang kepada kerajaan untuk menumpukan sepenuh perhatian kepada usaha mengawal penularan wabak Covid-19. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI